Dzharif Shafwan 101

Baby Dzharif, mama and papa love u so much!

yeyey!

Dah dapat nursery yang best untuk Dzharif! Tajuknya C3nd3ki@w@n di p9.

Walaupun niat di hati kononnya nak amik maid, tapi apa-apa pun masih kena hantar beliau ke nursery dulu sementara ni sebab 21 Disember aku masuk kerja. Regarding the maid, mama pun ok kalo amik daymaid and hantar ke bangi. Tapi bila fikir-fikir, susahnyaaaa nak commute. Pagi kena keluar awal, petang balik lambat. Jauh pulak tu. Huhu. So we'll just give the nursery a try. Kalau tak ok, barulah berfikir mengenai maid.

So, remember the nursery yang sedih gile kat sebelah rumah kitorang tu? Tak jadik hantar Dzharif ke situ. On thursday aku sudah bising dengan hubby sebab dia masih tangguhkan nak carik nursery padahal jumaat tu cuti and ari isnin aku dah keje! So he asked around and dapatlah C3nd3ki@w@n ni, iaitu HQ kepada nursery di PJC. Ada lagi 2 vacancy. Petang Khamis tu jugak aku heret Dzharif naik keta pegi tengok nursery. It looks ok lah, baru proper sikit. Mahalnya yuran beliau RM350! fuh! Itu pun akan naik RM450 kalau JKM kuatkuasakan 1 pengasuh : 3 babies. Huhuh. Sama harga dengan seorang maid.

Since its up to standard, aku pun ok je lah. Cikgu-cikgunya pun bersopan dan elok. Insya allah Dzharif will be ok here.

Baby kena jadi baby yang baik yaa.. Mama kena tinggalkan baby kat sekolahh.. Huhuhu.. Sedihnyaa..

0 comments: